Pages

Wednesday, December 3, 2014

Bajet bawah RM250 nak bergaya BANYAK stail?

Assalammualaikum semua…

Dah berhabuk blog saya ni. HEHE.

Ramai yang membuat permintaan untuk saya buat styling #OOTD lebih, buat makeup tutorial, tulis puisi, etc etc…

Bukan tak nak ye sayang semua…tapi kadang2 benda ni semua perlukan inspirasi. 

InsyaAllah saya tunaikan semua permintaan ye…tapi slow sikit la. HAHA.
Tangan sepasang je sayang...

Sabarrrrrrrrr…itu sebahagian daripada imannnnn.

HOKEYYYYYY.

Sempena mood holiday dah bermula…semua pun dah rasa nak keluar jalan2 dan shopping2 je…dan sempena inspirasi saya berbuak-buak untuk buat style #OOTD pada hari yang tak ada kerja ni…

Jom kita cuba berfesyen-fesyen style Muslimah.

Dan harusnya…TUTUP AURAT.

Menjadi seorang Muslimah tidak bermakna weolls ni tak ada fashion sense ye…

Semalaman stress dengan kerja…balik rumah dok shopping sakan online. HEHE.
Nasib baik murahhhhhhh je.

Semua yang saya beli ni…total tak lepas RM250 pun. Berbaloi2!


Haaa….nampak plastik beg besar tu??
Macam nak masuk stok time darurat.
Hasil "shopping sakan" saya. Hahaha…muka rasa bersalah pun ada. 

Walaupun sikit je. HEH.

Order semalam (tengah malam pula tu)….esok hari sebelum Asar dah sampai depan pintu!
Memang efisien beli dengan NILE.COM.MY ni…tak pernah rasa kecewa.

Kalau NILE.COM.MY ni manusia dan juga seorang lelaki…dah lama saya kahwin. HAHAHAH.
 Sebab confirm takkan break my heart. 

Balik je rumah…apa lagi….tanggal kasut campak beg…dan KOYAKKKKK plastik bag.

Tak sabar nak try dan buat styling sementara inspirasi masih membuak-buak bagai ni…nyek nyek nyek nyek!

First style : SWEET & INNOCENT


Top ni boleh pakai 2 cara…sebab cukup labuh.
Tapi dua-dua cara pun tetap maintain muka innocent. HEHE.


Padahal nampak innocent pun sebab flower crown tu je. HAHAHAHHAHA.

Favorite detail. Petal shaped collar….

Kollar berbentuk bunga. Sweeeeeeeettttt sangattttttt.
Color pastel lilac ni pun sangat lawa!


Top yang ni pula cantik di bahagian lengan.
Macam bubble/bell sleeve tapi design ni guna style pleating.

Jadi tak nampak terlalu biasa yang macam kita selalu nampak kat luar tu.


Color blouse pastel dusty green dipadankan dengan tudung dan skirt peach…saya suka!!!


Second Style : VOGUE & CHIC

PEPLUM PINK AND PURPLE!!!!

*excited terlampau*


Perghhhhhhh…pink yang sungguh berseri!


Pink idamanku.


Manik2 warna silver yang dijahit sangat kemas dan berkualiti…walaupun harga peplum top ni tak mahal langsung.

Yang ni peplum purple plain…tapi cutting memang cunnnnnn.

Susah nak dapat cutting peplum top yang betul2 cantik.
Kain pun best, tak panas langsung dan tak ketat.

Dua-dua top ni ada zip di belakang.

Curlassssssssssss.


Third Style : ELEGANT & MODEST

Pakai dress dan jubah memang paling syok.
Dan paling sesuai bila kita rasa malas nak mix and match baju…ataupun bila kita takut tak tutup aurat dengan sempurna.

Sarung je.
Padan dengan beg dan kasut…TA-DA!

Dah boleh keluar rumah!

Sebab tu saya suka beli banyak2 dress dan jubah…hehe.


Dress warna navy blue yang paling senang nak padan dengan tudung.
Dan tak rasa terlalu gelap.

Sebab tu saya bungkus satu ikat tepi! HEHE.


Beli juga satu dress warna red peach terang untuk hari bila saya rasa ceria dan happy!

Dan yang ni…my favourite!
Warna emerald green dan jenis kembang bawah. 

Uwaaaaaaaaa…..sukaaaaaaa!


Hehe excited nak try baju2 sampai tak iron.
Terus pakai je.


Jahitan yang sangat kemas…


Haaaa….nampak tu?
Suka sampai baling2 skirt dah saya…

HEHE.

Cantiknya kembang jubah ni………….owh owh owhhhhh.

*excited terlebih lagi*


Ok la.

Saya nak bersiap2 nak kuar pakai jubah emerald ni. Ini sahaja buat kali ni…insyaallah post lain akan tiba tak lama lagi.

Yang tertanya2 mana nak beli baju2 awesome ni semua tanpa berlubang poket…saya beli di http://www.nile.com.my

Selamat berfesyen..dan jom kita jalankan dakwah melalui fesyen!
Berfesyen dan menutup aurat!