Saturday, August 17, 2013

Coretan hati yang kecewa

Seperti yang dijangkakan...memang dasar kebanyakkan manusia tu suka sangat nak jadi judgemental.

Apa salahnya kalau Felixia suka pakai baju-baju yang menutup aurat terutamanya baju muslimah dan baju tradisional Melayu?
Tak boleh ke Felixia pakai kalau bukan orang Islam?
Kenapa suka sangat nak jadi batu api, nak tambahkan isu-isu racist di kalangan orang Malaysia?
Salah sangat ke if model macam Felixia ni nak tutup aurat kalau tak kerja?

Yang mengutuk Felixia sebab pakai baju tradisional Melayu tu, yang kata Felixia overdoing it...ada tak dalam undang-undang yang mengatakan perempuan Cina tak boleh pakai baju Melayu yang tutup aurat?

Yang mengutuk Felixia, marah sebab Felixia pakai walaupun bukan orang Islam, sebab kerja Felixia sebagai model adakalanya memerlukan Felixia memakai baju-baju seksi sedikit, apa salahnya kalau Felixia sendiri yang ikhlas ingin menutup aurat lepas kerja?
Kerja tu hanyalah kerja.
Hanya nak mencari sesuap nasi. Tak salah nak kerja if rezeki tu halal.
Felixia bukannya mencuri, mengoda lelaki orang atau merampas rezeki orang lain.
Bila off work, suka hati lah Felixia nak jadi sendiri, nak pakai pakaian yang Felixia nak pakai.

Ada juga kawan sendiri yang menyisih, sebab rasa Felixia ni pelik, bah ada yang katakan taste Felixia ni menakutkan. Ekspresi muka yang penuh dengan beribu persoalan ke atas pemakaian Felixia. Pedih hati. Susah sangat ke nak terima Felixia ni dengan seadanya?

Sudah lah kalau nak pandang semacam je, macam Felixia ni pelik sangat, tapi mulut tu biarlah berpada-pada sikit.
Yang I post gambar all covered up tu, buat apa nak komen suruh Felixia bogel, tanggal baju???

Tahap nafsu tu tinggi sangat ke, sampai nak suruh orang yang ikhlas nak tutup aurat tu bogelkan badan??

Kalau Felixia, seorang model yang pernah masuk majalah Playboy boleh ikhlas nak tutup aurat, kenapa yang suka mengutuk tu tak boleh sedar diri sikit, learn to bertaubat sikit?

Bukan marah, tapi cuma kecewa.


Felixia juga suka tengok orang yang berhijab. Sweet sangat...so Felixia curi-curi belajar pakai hijab. Salah juga ke?



Tak mengapa la...apa daya Felixia, kan?
Kalau orang nak mengata, nak mengutuk, nak memaki...Felixia cuma boleh bersabar sahaja.

Janji hati Felixia ikhlas, tak ada bad intention kepada sesiapa pun.

Tapi Felixia tak juga lupakan yang seringkali memberi Felixia sokongan, encouragement dan feedback yang positif...Felixia amat bersyukur sekali. Ada juga yang menerima Felixia dengan seadanya. =)

Itu saja coretan hati kali ini.

78 comments:

  1. i support u all the way! just ignore what other people thinks of u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank god.. finally there is a non malay who able to appreciate the Malay cultures..I am really impressed with u "Felixia Yeap" for your kindness to be part of the Malay cultures by dressed according to women Malay cultures and covered your body part..furthermore, your act is in line with the dress code of Islamic people that emphasize on wearing dress that cover your body part. thank you cause you have changed the view of non-Muslim people to the Muslim on it dress code. on behalf of all Muslim people around the world, we are pleased to accept you as a part of us and hope you can accept that Islam is full of beauty and goodness.

      Delete
  2. Jangan di layan kan orang-orang macam nih..wherever u'll go, haters will always be there. so dont think too much about it, instead just do the things that makes you happy..bukan mudah nak senang kan hati orang lain & memang kita semua x boleh nak buat semua orang happy..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. feli, keep it up. sebagai orang islam kami berbesar hati kalau feli mencuba hijab. well nampak sopan kan. :) so jangan biar mulut orang jadi penghalang kita. janji kite ikhlas membuat sesuatu kerja yg bermanfaat. god bless you.

    ReplyDelete
  5. I know how u feel.. I am malay bt have a Chinese face.. I got it from my grandmother.. I think...cuz she is 100% chinese... I know exactly the face and the eye people looking at u.. and I bet u want to read their mind.. the only thing u need is to smile at them.. for me that is the one and only way to tell them that u r happy in wt u do for ur own life.. be strong ^_^ and be happy.. -MSA-

    ReplyDelete
  6. saya kecewa kepada felixia yang banyak menutup aurat kerana saya ingin melihat kulit felixia yang putih , licin dan cantek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni...amoii lain kan banyak lagi kat bukit bintang tu. pergi la tengok kat sana...jalan alur banyak mahh...hahahahaha...lets go yumchaa!!

      Delete
    2. I give you a situation , ada dua biji gula gula, satu berkulit satu tidak, keduanya dicampakkan ke atas permukaan kotor, saya tak hairan kalau kononnya Chinese Alpha Male ni ambik yg berkulit tu,

      Sama jugak lah dgn situasi skarang, yg bertutup aurat nya dgn tidak, habis engko ingat makwe lu yg tak bertutup tu, bersih sangat ek Chinese Alpha Male

      Puii last,Alpha Male konon

      Felixia, no offence

      Delete
  7. hey Felixia, btol tu..tak salah pon Felexia pkai baju yg tutup aurat. Takpe, saye sokong Felixia =D

    Owh, Isnin lepas saya nampak Felixia. Kita duduk dalam satu bas.. =)

    ReplyDelete
  8. Kadang-kadang kalau kita terlalu mengikut apa yang dikatakan orang kita hanya akan merosakkan diri sendiri. Kita tak mampu nak memuaskan permintaan semua orang. Apa yang penting Fel kena buat apa yang Fel rasa selesa.

    Kalau pemakaian seorang Muslimah buatkan Fel rasa selesa, teruskan. Jangan biarkan orang-orang yang 'judgemental' tu memutuskan apa yang baik untuk Fel. Sampai bila-bila pun I akan sokong Fel.

    ReplyDelete
  9. 做事时本着良心,问心无愧就好。
    因为不管怎么做,我们是无法取悦所有的人。如果能够如此,代表我们对不起自己了,为了不让周围的人批判而委屈求全。
    此处不留人,必有留人处-有的人总会不喜欢自己,但也总有人会接受并喜欢自己。
    加油 Felixia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak paham la amoiii...u tunggu i masuk kelas mandarin dulu kkk

      Delete
    2. 對! 我本身認為是個人的需求。如果她覺得這是應該的,那就是這是這樣。总而言之,我們管不到他人,just be yourself. 我是馬來人,也是回教徒。我不覺得她所穿的是玩弄回教。加油 Felixia Yeap!

      Delete
    3. Apabila perkara-perkara tekun, hati nurani yang jelas.
      Kerana tidak kira bagaimana, kita tidak boleh sila semua orang. Jika dapat berbuat demikian bagi pihak kami maaf untuk diri sendiri, untuk menjaga orang di sekeliling kritikan dan berkompromi.
      Di sini bukan untuk menjaga rakyat, menjaga orang yang mesti ada di - sesetengah orang tidak akan seperti diri saya sendiri, tetapi selalu ada beberapa orang akan menerima dan mengasihi diri sendiri.
      Datang Felixia :)

      Delete
  10. Its nice to see u dress up like this.. u look beautiful in kurung & kebaya :)

    ReplyDelete
  11. Saudari kelihatan cantik & menawan ketika mengenakan pakaian menutup aurat. Biarlah apa yang mereka nak katakan & apa yang pasti saudari tidak pernah mengganggu mereka pun. Teruskan usaha serta usah khuatir akan itu semua. Akhir kata: Tingkatkan prestasi & kurangkan kontroversi.

    ReplyDelete
  12. hai miss felixia..my view is dalam dunia ini memang ada manusia yg bersikap judgmental..my advice is just ignore it and do whatever that you want and please you the most..honestly i also would love to see more of you wearing baju kurung, jubah & hijab..it's okay if you want to learn more about it, and i believe me and other followers here would love to help you if you want to learn more on wearing hijab & baju kurung.

    P/S: Dalam Islam pun ditetapkan supaya bersifat ikhlas and tidak memandang serong orang lain.. =)

    salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  13. n may allah azzawajal grants u hidayah aameen.

    ReplyDelete
  14. saya seronok melihat cik felixia berpakaian sedemikian ... tapi cik felixia jangan usul kebudayaan cik felixia ... mungkin cik felixia patut lebih mengutamakan pakaian kebudayaan cik felixia ... terimakasih

    ReplyDelete
  15. ur post really makes my tears running felixia..it changes d way i look at people..smtimes we happen 2 be too judgemental bout certain people based on d way they dress..u got my respect n hats off 2 u miss felixia.. :))

    ReplyDelete
  16. OMG you sooooo gorgeousssss!
    Will you marry me? :)

    ReplyDelete
  17. Just ignore about what other people say...as long as you know that you are doing a right that is all that matters.

    ReplyDelete
  18. Hahaha...rezeki yang halal? faham ke tidak maksud halal tue?

    kalau asyik bertukar rupa, itu orang panggil hipokrit.

    p.s: jangan cepat menghakimi orang yang lain juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. der... dier x masuk islam lg... kite yg islam nie kene didik, bkn menghine... islam itu indah n simple.. jgn nk buat statement yg bleh buat org menyampah ngan islam.. plz be matured...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. bukan islam tak mana die boleh main dengan perkataan "halal". Ini dah macam Alvin tue jugak menghalalkan yang haram.

      yang pastinye die ni pasti senorok dapat banyak peminat Islam semata-mata sebab satu dua gambar.

      dan kitapun dapat dosa tengok gambar dia uang lain-lain.

      ingat, orang kafir memang suka mempermainkan Islam.

      Delete
    4. cer tgk.. babi haram kew dlm agame lain?? jgn nk samekan agame islam ngan agame lain, dh perbuatan tue x salah dlm agame diorg, knp nk jd isu? islam x penah ajar untuk mempertikai agame org lain, sebaliknya bg nasihat yg membina, bkn menghina. Pasal pandang aurat dier, dier penah pakse kew utk pandang dier pakai seksi sume? x kan? sbb tue dlm islam, nabi pown ajar, jage pandangan, jgn nk membuat org benci n takut ngan islam, seolah2 islam ini mengongkong seseorg itu. Klu dier dh masuk islam sekalipon, kite perlu menegur dengan cara yang baik. Renung2kan lah...

      Delete
    5. kerja model memang haram disisi islam. bukan haram di sisi dia. logik takda ka bang? suka hati dia maw kerja apa lol. at least dari segi culture cik felixia ni open minded. bukan macam typical malaysian chinese. Freedom dia.

      Delete
  19. Felixia.. saya menyokong awak.. Bia la dia nak pakai apa pun.. Lagi pun kebebasan berpakaian bukan nya ada limit untuk sesiapa.. Takda undang-undang pun nak halang orang pakai apa di khalayak ramai selain dari pakaian menutup aurat..

    ReplyDelete
  20. Just be yourself!! others opinion doesnt matter

    ReplyDelete
  21. Salam Sejahtera Keatas Anda yg berhati Mulia..
    Sudah menjadi lumrah Manusia akan berkata dn mencela kpd sesiapa shj..
    kerana tidak mengamalkan amalan Agama yg sebenar..
    Sebab itulah didlm ISLAM..perlu banyak BERSABAR kerana SABAR itu sebahagian drpd Ciri2 ISLAM yg sebenar..
    Orang yg tidak BERSABAR dn suka mencela,bukanlah yg mengamalkan ISLAM yg Sebenar..
    Akhir kata drpd saya..
    Jika anda Pergi ke Shopping Complex cuba perhatikan..
    1.'Sesuatu yg Berharga,Cantik dan Bernilai akan dTempatkan d tempat yg Bertutup dn dilindungi umpama Intan Permata'
    2.Makanan yg Terdedah@Terbuka yg Mudah tercemar dgn Makanan yg Bertutup yg manakah akan menjadi pilihan anda??

    'Disini anda Boleh Menilai..Dimanakah anda Mahu Letakkan Diri Anda..'

    Menasihati diri saya serta Kita semua..

    ReplyDelete
  22. moga anda diberikan hidayah....:)

    ReplyDelete
  23. girl, dont mind what others want to say. just be yourself and do whatever you love doing, especially when it is not wrong at all ^_^ god bless you!

    http://archereverdeen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. cantik dan syukur...semoga dapat terus menutup aurat dan diberi hidayah dr Allah.

    ReplyDelete
  25. hello cik Felixia. I am Gladys from Indonesia. Aku seorang muslim juga. Saya setuju dengan cik, saya fikir semua orang berhak memakai apapun yang mereka suka...Aku suka melihat kamu pakai baju terbuka karena u are beautiful and sexy. Tetapi aku memang lebih suka melihat cik pakai baju tertutup karena kesan nya lebih anggun dan manis :) Saya sebagai orang Indonesia juga sangat suka pakai baju kebaya (baju tradisional indonesia)... Since u are in Jakarta now, have u ever tried to wear kebaya? It will looks pretty on you ;)

    saya juga sangat kesal dengan orang rasis, menurut saya pikiran itu picik dan ketinggalan zaman...

    saya tersentuh dengan perkataan kamu yang "Tapi sebab nak cari rezeki tanggung perbelanjaan keluarga, Felixia continue saja la kerja modelling" You must be a lovely kid to your momma and daddy :)


    so,selama kamu kerja dan memakai baju bukan untuk menyakiti hati orang lain, keep going on... orang yang komentar macem2 itu hanya iri hati dengan kamu :)


    itu aja semoga kamu ngerti bahasa indonesia ya... :)

    PS: sometimes you look like yoona snsd (why u don't join a girlband instead of model? hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. by the way I know that u are not muslim

      Delete
    2. unnie...don be sad okay~just go on with ur life...hope you try to be better than that..dont take care about the negative words people throw at you,unnie..okay~

      Delete
  26. babe.. nothing to say.. U GOT MY RESPECT.. lupakan mulut orang.. mulut orag takkan tertutup.. visit mine if gt free tme, http://ariesdon.blogspot.com/

    ReplyDelete
  27. HYE FELIXIA... I SUKE U PAKAI TUDUNG,PAKAI HIJAB,PAKAI BAJU KURUNG...IT MAKES U LOOK CUTE THEN BEFORE...MANIS JE ORANGNYE... JUST BECAUSE ORANG KUTUK U PAKAI HIJAB KE APE, U X PERLU AMEK PEDULI CAKAP ORANG...U DO WHAT U WANNA DO GIRL..

    ReplyDelete
  28. I am very astonished by the data of this blog and i am happy i had a look in excess of the blog. thank you so much for sharing such great data.
    gemstone jewelry in MO

    ReplyDelete
  29. Bagus cara cik Felixia ni. Boleh buka hati gadis2 melayu yg tak berhijab kepada berhijab. Keep it up! Semoga suatu hari nanti cik Felixia dpt bertemu dngn nur Islam yg sebenar. Insyaallah =)

    ReplyDelete
  30. Felixia, those negative comments that you've experiencing from others, to tell you the truth, is only an icing on the cake of what us ladies wearing hijab are facing on daily basis. I'm not saying berhijab is wrong or difficult, far from it, but the challenges in life faced by a hijab wearer is much bigger than a non-hijab wearing person. Be it at work or in the itself society. But what I can tell you is this. These challenges can either make you or break you. And yes I agree with you that there's more into this than just wearing a piece of cloth to cover up. Hijabis may look soft on the outside but most of em are really strong in the inside because of this. ;)

    I respect you for finding that a hijab is beautiful. :) And you're not even a muslim. Meaning, this feeling of wanting to be modest is something that sparked itself in your heart, not by what you've read or what you've been told. Which is even better. I personally like a person who make a change by herself rather than being preached by others.

    Ps: You've very pretty. Take care coz I think there's gonna be more men chasing after you after this! (Choose the one that accept you of who you are inside out, hijab or not. Not based on what you're wearing outside)

    ReplyDelete
  31. truskan usaha anda n kekal hijab .

    ReplyDelete
  32. ignore them please. not all muslims are educated with islamic teachings perfectly.that's why they curse people. don't waste ur time. =) btw, keep up the good image. covering aurat does make us feel safe, isn't it? =)

    ReplyDelete
  33. Kenapa pulak tak boleh nk pakai bju kurung. Malah org melayu suka tgk org cina ke India ke pakai baju melayu. Kita ni nama je senegara tp tetap kalau cina dgn cina,melayu dgn melayu,India dgn India. Yg kdg2 kalau org melayu marah if permainkan agama islam. Tp awak xkan. So kami suka tgk org cina xpakai seksi. Ala,abaikan je org yg xsuka or maki awak kalau tutup body. Tapikan just want to share, in islam, if sesuatu pekerjaan itu dari hasil yang x halal, hasil yang kita dapat tu jugak adalah dari hasil yang x halal walaupun niat kita adalah baik. Sy rs awk ikhlas pakai pakaian tutup aurat. Cubalah lagi menutup aurat awak tu lg ye. Insyaallah kalau awk ikhlas nk tutup body dr dilihat lelaki,akan ada jln terbaik awak akan jumpa :) xder sapa yg xsuka pd perubahan yg baik melainkan org yg merasakan diri dia x cukup,maka org mcm tu dia akan rasa dengki pada perubahan baik seseorang itu,

    ReplyDelete
  34. if dh xda kwn.. let me be your friend :) congrats girl :)

    ReplyDelete
  35. awwww, i feel sorry for you for being judged by those crazy haram police :(

    ReplyDelete
  36. Tau tak bila amoi pakai baju kurung ni mmg cantik.nampak sweet.

    ReplyDelete
  37. usah pedulikan ape kate orang.kalau apa yang kita lakukan itu baik Tuhan lah yang menentukan, bukan manusia.

    ReplyDelete
  38. much respect frm me dan truskan .bab modelling we all understand thats ur main income .semoga allah bagi u hidayah feli

    ReplyDelete
  39. hanya kamu tahu apa yang kamu buat... org disekeliling hanya pandai berkata utk kepuasan halwa mata dan hati mreka sahaja... andai beribu badai melanda.... biarlah kamu jadi diri kamu

    ReplyDelete
  40. Hi Felixia :)
    Saya Muslim. Dan saya dan juga ramai Muslim yang lain truly support 100% bila you pakai hijab dan pakai baju yang lebih menutup aurat! :)

    Did you know that Islam really values our women, and that the only person who can "enjoy" your body is your husband (the same goes to men too, means the only person who can "enjoy" a man's body is his wife!). Not everyone else.

    Di samping itu, berhijab juga jadi suatu pelindung dan keselamatan kepada diri you sendiri :) Takdelaa lelaki lain akan selalu pandang you lama2 dengan bernafsu (you mesti tak suka jugak kalau your future husband pandang2 perempuan lain kan ;) ) Dan bila you berhijab orang lain takkan (kurang) la rasa nak rape you :)

    Well lastly, there's more to this life than just showing off your body.
    InsyaAllah (God's willing) this way you will find people who appreciate you inside out. Maintain ber-hijab dan continue to find peace!

    ReplyDelete
  41. Hi Felixia :)

    You truly look beautiful and sweet in hijab! Of course there shouldn't be any qualms on your part - whatever you feel is comfortable, just do it. A small step is better than none :)

    Probably as an advice, you may consider not to post photos of yourself in clothes yang tidak menutup aurat. This may stop people from judging you (But if it will affect your income, then do what is best :) )

    I also understand that you are not a muslim, but! that does not mean you tak boleh pakai hijab kan :) . Just that you need to be careful with what you do and stuffs when you are donning the hijab because as you know Hijab is always related to Islam. I just notice that you ada post photos on food that contains 'Babi', it would be nice if in one way or another in your future posts you may wanna avoid doing so just to not create any controversy/hatred to yourself.

    For now, do what you need to do and enjoy your journey to finding peace and tranquility ...

    Here's a quote for you:

    'Go find yourself first, So you can find me.' - Rumi

    Find yourself first,and one fine day you will find someone who will love and treasure you for who you are :) Have faith and believe in it!

    ReplyDelete
  42. Hi girl. I never knew u even though u are a famous model for a famous mag. Not until I read a certain news abt u parading for a certain event which I forgot what. Not the news abt u covering up though. But yes I don't deny the news abt u covering up REALLY make me HAPPY reading the news and pulled my interest. U may have had lost friends....but I know u believe that in the near future u will gain much much more. I'm not saying more than this....but u are not the first model I ever came across that wants to turn a new leaf. U have all those sincere people's supports. And prayers. Only one thing Felixia, be true to urself n never stay in denial. I believe as an ex teacher u got it.

    ReplyDelete
  43. Teruskanlah usaha kamu untuk menutup aurat. Sesungguhnya ia menambahkan lagi ketinggian harga diri kamu sebagai seorang wanita. :D

    ReplyDelete
  44. Kisah Loo Jo Yee (tv hijrah). http://m.youtube.com/watch?v=foRDevfb-8w&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DfoRDevfb-8w

    ReplyDelete
  45. Salam sejahtera buat felixia...Semoga diberi kekuatan untuk terus mendekati Islam...sedikit kata2 semangat dan pesanan untuk felixia...Islam bukan milik orang melayu, bukan milik orang arab, bukan milik orang inggeris, bukan milik org india tp Islam adalah milik semua manusia yang mengucap dua kaliman syahadah...Allah menyebut di dalam Al quran yang bermaksud "Dan tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad kecuali untuk membawa rahmat kepada sekelian alam...jadi maknanya Islam ada untuk semua...sekali lagi tahniah buat felixia...

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Biasalah tu, mulut manusia... Islam di akhir zaman ni ibarat menggenggam bara api, kata Nabi Muhammad SAW.. maksudnya, sesiapa yg nk beramal dgn suruhan Islam, akan lalui ujian dan pengalaman yang memedihkan seperti mna felixia alami, org akan kondem habis-habisan, barang siapa yang berjaya bersabar dengan ujian ini, maka diberikan balasan syurga dari Allah swt.. insya-Allah..
    Bersabarlah, nk berhijrah memang banyak dugaannya.. Niatkan kerana Allah swt, dia yang sebaik-baik penghukum, bukan manusia, kita serah je kepada Allah swt, insya-Allah nanti kita akan memperolehi ketenangan atas usaha kita mendekati agama-Nya.. Sy sering berdoa agar felixia mendapat petunjuk hidayah serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Amin ya Robbal a'lamin....

    ReplyDelete
  48. Npk cantik bila berhijab. Jgn berhenti disini. Teruskan usaha anda. Kami sebagai muslim menerima kamu dgn penuh terbuka.. syurga itu pasti jika sesiapa mengingati Allah s.w.t. setiap detik. Kami saudara muslim amat terharu kerana kamu menjadi icon menarik dan menyedarkan muslim serta non muslim, apa saja celaan dan tangapaan yg buruk harap kamu abaikan. Sebab baginda rasulullah tidak pernah menghina saudara yg ingin mendekatkan diri kepada islam. kami mendoakan agar kamu diberi hidayah yg berterusan . Sabar kerana rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak mencari. Begitu juga hidayah.. akan datang sedikit demi sedikit sehingga kamu berasa gembira dan bersyukur bila kamu sudah berada dalam agama baru kamu. Islam is the best jika kita memahami betul2.

    ReplyDelete
  49. Honestly,as a muslim, I feel you more beauty when wearing a hijab than free hair. Don't burden yourself with negative comment. Pelan2 belajar..I support you 110% ..^_^..

    ReplyDelete
  50. Mulut org. Biarkan. Janji hati kita ikhlass.. I support u..

    ReplyDelete
  51. you nampk more beautiful dgn berhjab

    ReplyDelete
  52. Keep it up feli. Its totly dfrnt but stil define u s a beutful chnse lady. Alhamdulillah. Pray a lot so allah the almighty will gve u hidayah.

    ReplyDelete
  53. just let them be sis..st sebagai seorg muslim pn to be honest agak malu dgn diri sndiri sbb sy sndiri pn belom sempurna dlm bpakaian mgikut syariat agama sy tp masih mncuba bruah mnjd yg tbaik..melihat kn awk mmbuatkan sy sdikit malu dgn diri ssy (which i assume as a good way) sbb ade non muslim yg scr xlangsung mmpunyai utk mnutup aurat scr ikhlas..just keep going doing what u do ^_^

    ReplyDelete
  54. morning beautiful..my name is irfan..but u can call me Naf..I wanna talk with u..can I ?? saje nak sembang-sembang dengan u..do u??

    ReplyDelete
  55. It's better to be your self...sabor jela dgn kerenah manusia..huhu

    ReplyDelete
  56. don ' t worry sister , we will always support u to wear hijab and baju kurung !

    ReplyDelete
  57. in this world.. everybody isn't perfect.. people will never stop judging us no matter what we do.. even if it good or not.. we can't even shut their mouth off, but there is always a way no matter how hard the test is.. people always try to chase perfection, but who are we to be perfect.. we can only improve ourselves toward goodness.. may Allah lead us to the right way.. i love to see you covered by hijab, mcm org tua2 kata 'sejuk mata memandang'... you have to be strong, other people doesn't know who actually we are.. so don't ever feel down with the people that doesn't like your way of doing thing.. be strong and patient.. :)

    ReplyDelete
  58. Hai Felixia..maaf sy mencelah..
    Dalam Islam..Matlamat tidak menghalalkan cara..Kerja yang kita buat kalau sampai mendedahkan aurat dan bekerja di tempat yang menyumbang kepada maksiat juga adalah berdosa. Xboleh kata rezeki yang halal sebab itu syubhah..InsyaAllah semoga diberikan hidayah Allah untuk Felixia menjadi muslimah yang sejati..

    ReplyDelete
  59. สล็อต ซื้อฟรีสปิน 50 PG ฟังก์ชั่นตัวช่วยยอดฮิต ที่อยากแนะนำให้ลองสล็อตซื้อฟรีสปินถูกๆต้องเว็บนี้เว็บเดียวเท่านั้น PG SLOT พร้อมเเล้วหรือยัง ที่จะพบตัวช่วยเล่นสล็อตเเบบใหม่

    ReplyDelete