Assalammualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan.
Makian.
Sindiran.
Fitnah.
Penyisihan.
Tekanan.
Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.
Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.
Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.
Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya tetap teruskan perjalanan.
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.
Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.
Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)
Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.
Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.
Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.
Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.
Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.
Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.
***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.
Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.
Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.
Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"
Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"
Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.
Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.
Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.
P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.
Terima kasih semua atas sokongan anda. =)
For more updates and info of my life as a new revert:
Alhamdulillah....sangat tersentuh akak membacanya...even yang lahir Islam pun belum tentu rasa apa yang Fel rasa....Moga terus istiqomah...Akak doakan....
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSemoga Allah mudahkan segala urusan, insyaAllah..
Stay strong, sis! :)
Saya kagum dengan tekad dan niat anda. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi anda. Amin
ReplyDeleteSelamat kembali.. =)
ReplyDeleteBetul... :)
DeleteALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MENGURNIAKAN HIDAYAH, YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI, SESUNGGUHNYA PERJALANAN SIS RANIA YEAP (yang itu saja saya tahu.hihi) MENJADI SUATU RENUNGAN UNTUK MEREKA YANG LAHIR SEBAGAI MUSLIM SEPERTI SAYA. MENJADI ASBAB UNTUK KAMI SYUKURI NIKMAT IMAN DAN ISLAM, DAN AKAN BERUSAHA MEMBAIKI DIRI AGAR DAPAT MENARIK ORANG2 YANG SAYA SAYANGI KE JALAN YANG BENAR INI..welcome home sis! may Allah give you strenght as never before to face all the challenges coming. you are so lucky that mom's support is the most vital for new muslim revert like you. with her bless, u will be stronger to face anything. Much love from your new muslim sister, adilah. @adilahisharudin.blogspot.com @sihatitubahagia.blogspot.com @ @herbal-nutrition.net/Adilah90 :-))
ReplyDeleteAllahuakbar;)
ReplyDeleteAlhamdullilah..... Semoga menjadi muslimah yg sejati Dan lebih istiqamah.... Amin...
ReplyDeleteAlhamdulilah..felixia yeap.. walaupun kamu saudara baru dalam islam tp saya akui kamu lebih hebat dari diri ini yg masi tidak sempurna .
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati Allah,
Semoga terus Istiqomah ye? ^_^
Subhanallah. Bersyukur Felixia telah dipilih oleh Allah untuk menerima taufikNya. Tahniah Felixia atas pengislamanmu. Betul kata O'gosh, tak semua dapat nikmat Islam seperti yang Felixia rasakan. Rahmat untukmu Fel. :)
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletemoga tabah menghadapi dugaan untuk menjadi manusia yang lebih baik
anda juga beruntung kerana mempunyai ibu yang terus menyokong anda
jangan lupa doakan jug ibu anda untuk memeluk agama Islam. pastinya kita akan bahagia bila yang tersayang turut masuk syurga bersama
Syukur...Alhamdulillah....
ReplyDeleteRANIA FELIXIA YEAP?? Alhamdulillah. .. hope jmpa suami yg dapat membimbing, bkn merosakkan... I am so happy kawannnn...
ReplyDeletekamu sangat tabah. semoga Allah melimpahi rahmat ke atas mu saudara islam ku.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allahu Akhbar...
ReplyDeleteAwak terpilih Felixia...
Selamat Kembali kpd Fitrah
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
ReplyDeleteAlhamdulillah...Selamat Kembali..saudariku..=)
ReplyDeletealhamdulillah..Allah maha mengetahui segalanya..semoga dipermudahkan dalam segala ibadah..
ReplyDeleteeven saya,yg asalnya memang Islam,baharu sekarang berpaut dengan keindahan Islam,kenapa? kerana kami mudah lupa,bukan maknanya kami dilahirkan Islam kami kenal ISLAM,tetapi,kami juga perlu mencari keredhaan Allah secara istiqamah...wallahualam..
Tabarokallah...
ReplyDeletehope felixia yeap dpt pngaruhi lbih rmai non-muslim di luar sana utk mndalami islam jga...
ReplyDeletejust like yusuf islam@cat steven...
Alhamdulillah..tahniah kak Rania Felixia Yeap..HIDAYAH HAK MILIK ALLAH..Dia akan berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.dan kamu terpilih salah seorang daripadanya untuk menerima hidayah.berbahagialah kamu dalam Islam dan sentiasa beristiqamah di dalamnya.
ReplyDeleteYaAllah...sebaknya hati bila membaca luahan hati Rania... Syukur alhamdulillah....
ReplyDeleteAlhamdulillah...rasa sebak pula saya baca. Saya amat kagum dgn akak felixia.semoga diberi kekuatan utk akak menjalani hidup sebagai seorang muslim.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allahu Akhbar..Selamat kembali kepada fitrah wahai saudara baru ku.Tersentuh benar hati ini bila membaca hingga mengalir airmata..apapun akak doakan Rania sentiasa diberkati Allah dan menjadi muslimah idola setiap wanita diluar sana.Terima setiap pujian dan kejian dengan bersabar ye dik,adat hidup manusia memang begitu ada yg suka ada yg tidak suka..apa yg utama adalah mengejar cinta Allah dan sentiasa mencari keredhaanNYA..Semoga Rania sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki selalu..Aamiin.. SELAMAT HARI LAHIR..
ReplyDeleteAlhamdulilah ...syukur
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah......
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga anda terus istiqomah dan dipermudahkan Allah dalam setiap urusan awak. Semoga awak diberi pengakhiran yang baik. Amin
ReplyDeleteAlhamdulillah.....Allahuakbar....! :) Limpahkan rezekimu ya Allah,kepada saudariku ini.
ReplyDeleteSubhanallah..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Allahu Akbar..
Sesungguhnya hanya agama Islam, agama yang diredhai oleh Allah Swt..
Alhamdulillah... semoga anda akan lebih tabah & kuat utk menghadapi ujian yang bakal mendatang...
ReplyDeleteAlhamdulillah, bergetar jiwa baca. Syukur Allah memilihmu untuk kembali kepadaNya. Doakan orang Islam yang lain mengikuti jejak langkahMu. Sesungguhnya aku malu denganmu.
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah kak felixia.. semoga terus menjadi inspirasi kepada orang lain tentang indahnya Islam.. Have faith in Allah. Ignore those bad comments. Jangan down.. learn slowly. apply slowly and be a better muslim from day to day. ramai support. kalau tkde orang support pun Allah kan ada. :) sy tengok ramai orang suruh kak felixia buang gambar sexy, stop selfie, jgn sambut birthday pakai lilin lah apa lah, kalau tk faham tanya ustaz ustazah terus je.. take your time but don't stop learning. :) we love you.. p/s : kalau ada masa kak felixia bacelah novel ramlee awang mursyid, tajuknya sunan, atau apa2 novel beliau yang ada watak sunan. sangat isnpiring pasal islam..
ReplyDeleteAlhamdulillah ☺. Selamat menyambut hari kelahiran. Untungnya dipilih Allah SWT. Saya mendoakan yang terbaik untuk awak
ReplyDeleteWow, Silent Grace ��
-Nik-
Sangat bangga dengan anda felixia..
ReplyDeleteAlhamdulillah ...... Kami akan sentiasa beri support pada akk.........
ReplyDeleteCerita hang sama cam Aliza Kim, hang ada kenai ka dia? Dari kerja modeling dan hidup tak tentu arah akhirnya dapat ketenangan setelah menjumpai Islam. Tahniah kat hangpa. Harap terus istiqamah dalam mendalami agama Islam. Selamat menjalani ibadah puasa
ReplyDeletehttp://baca-blogspot.blogspot.com/2014/01/kisah-benar-model-antarabangsa-aliza.html
Alhamdulillah, masyaAllah tersentuh sgt baca kisah hidup awak cik rania felixia, selamat dtg saudara baru, smoga rahmat Allah xputus2 tercurah pada mu, tahniah kerana telah memilih jln yg benar..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Just tukar gambar kat atas tu jer. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah my sister. Selamat kembali kepada fitrah. We know you are strong.. istiqomah.. and Salam Ramadhan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Doa saya sekeluarga - Semoga Felixia dikurniakan kehidupan baru yang lebih baik, keimanan yg tinggi kpd Allah swt serta menjadi Muslimah yg berjaya dunia akhirat, InsyaAllah.
ReplyDeletebrst of luck Felly...moga terus tabah dgn godaan dan ujian yg diberikan Allah. Inilah perjalanan seorang hamba Allah yg sebenar... semakin dekat kita kpd Allah semakin byk kita akan diuji...supaya iman kita akan bertambah.
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteAmat beruntung Sdri Felixia di pilih Allah swt.
Hidayah yg Allah pilih...adalah org yg hatinya betul2 dekat dgn Allah... Allah syangkan Sdri Felixia...
Tersentuh di hati baca coretan Felixia....
Alhamdulillah, moga Allah merahmati kamu..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletetersentuh hati bila membaca penulisan anda..Mungkin kerana penulisan anda yg ikhlas, air mata saya mengalir membaca coretan anda ini..Selamat datang saudaraku.. semoga kehidupanmu dilindungi Allah dan dirahmatiNya..
Alhamdulillah...
ReplyDeleteIni merupakan salah satu contoh, mengapa yg bertudung tak boleh memandang rendah (dan riak) kepada yg belum bertudung. Sekali Allah membalikkan hati, memberikan hidayah, entah2 dia akan lebih beriman daripada yg bertudung sejak awal. Saya doakan semoga saudari akan terus mendapatkan sinar rahmat daripadaNya.
Subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...
ReplyDeleteSesungguhnya allah lebih maha mengetahui..
Moga kita dpt menyingkap pelbagai hikmah yg tersembunyi...moga felixia lebih tenang dan bersyukur dgn kehadiran islam d hati..amin insyaallah..;)
Salam saudari Rania...semoga Allah sentiasa membantu dan melindungimu dalam perjalanan pulang ini...
ReplyDeleteAlhamdulilah..
ReplyDeleteSemoga hidup lebih diberkati selepas ini.
Alhamdulillah..Tahniah Kak Felixia. You are now re-born. We support u and will continuously doing so.
ReplyDeletealhamdulillah...... may Allah bless u :)
ReplyDelete-Feena-
Ex-TCS- (1993-2003)
alhamdullilah sayang.......
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anda sebagai seorang Muslim. Saudari, saya cuma nak minta dan mohon kepada saudari agar Header blog ini dapat dipadam dan ditukar kepada yg lebih Islamik. Moga saudari akan mendapat keampunan dan keredhaan Allah atas kelahiran dan penghijrahan baru ini. Terima kasih.
ReplyDeleteSubhanallah!
ReplyDeleteSelamat kembali,moga dirahmati Allah selalu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Cuma nk ingatkan, Islam bukan hanya pada pemakaian sahaja. Tetapi seluruh kehidupan yg di abdikan kepada Allah maha pencipta. Pelajari dan fahamilah secara perlahan2. InsyaAllah. Saya doakan yg terbaik utk Felixia.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSedihnya kisah hidup sis..
Moga istiqomah n perjuangan sis dpermudahkan..
nt kna remove gmbr2 lma atau buat blog baru lagi mudah utk elak fitnah..
Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur ke atas kebesaran Allah S.W.T. yang Maha Besar. Anda sangat bertuah diberikan hidayah dan petunjuk-Nya sejak mula lagi. Inilah perancangan terhebat Allah S.W.T. untuk hamba-Nya yang dicintai. Semoga anda akan terus memperoleh hidayah Allah S.W.T.. AMIN
ReplyDeleteSanah helwah nur felixia, semoga Allah tetapkan hati kamu dengan keindahan Islam. Kami saudara-saudaramu menyambut mesra ikatan baru yang terjalin ini. Semoga kamu dikurniakan umur yang panjang dan diberkati serta kekuatan untuk menempuhi ujian dan nikmat yang Allah berikan.
ReplyDeleteMabrook sis (^_^)
Respect & proud of you.....
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga menjadi muslimah yang baik...
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan.... Amin
Tahniah.
ReplyDeleteP/s: Masa SPM dulu, dapat A dalam penulisan ke? Maksud saya Bahasa yang digunakan adalah baik dan disusun dengan rapi. Menampakkan keindahan makna dan kata-kata yang ingin disampaikan.
Wa'alaikumsalam. Alhamdulilah, semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di permudahkan segala urusan yang akan datang, di jauhkan dari segala penyakit, sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T buat awak dan keluarga. amin amin amin ya rabbal alamin
ReplyDeleteAwangku Putera (Brunei)
Alhamdulillah... selamat kembali ke agama fitrahmu.. agama sebelum kamu lahir ke dunia.. yg kamu mengaku Allah sebagai tuhanmu sebelum kamu turun ke dunia... Assalamualaikum wahai muslimah....
ReplyDeletealhamdulillah tabarakallah.. very proud of you my dear rania..may u gain success and happiness here and hereafter inshaAllah aminnn
ReplyDeleteAlhamdulillah saudari mendapat hidayah dariNya... Sy doakan semiga saudari terus tabah dlm menjalani kehidupan sbg muslim dan terus mempelajari tentang islam...islam itu sgt indah
ReplyDeletei really proud on you Felixia...its from bottom of my heart i really respect on your desicion... Happy birthday & reborn to be Islam.. :)
ReplyDeleteallahuakbar.. maha suci allah.. alhamdulillah felixia.. selamat datang saudara baru..kami alu-alukan kedatangan awk.. semoga menjadi muslimah yang baik dan sentiasa istiqomah.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga istiqamah dan cekal dgn segala cabaran dan dugaan. Selepas ini lebih besar dugaan saya doakan saudari akan kuat semangat dan teguh Iman aminnnn!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMenitis air mata Saya membaca kisah hidupmu wahai saudara baharuku... Semoga jadi pedoman hidupku serta seluruh umat Islam...
ReplyDeleteAlhamdulillah...menitis air mata sy.Allah pilih awak utk dptkn hidayahnya...subhanallah!
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSalam Ukhwah! Terharu dgn kisah ini. Alhamdulillah atas kelahiran semula saudari. Smg menjadi pendorong kepada sahabat2 lain dan bagi Muslim, semoga dgn ini kita akan lebih menghargai nikmat Iman & Islam serta meningkatkan amalan kita. InsyaAllah. Tahniah Felixia! May Allah always protect you.
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteBagaimana saudara baru menyentuh hati saya? Membuka mata hati saya? Ini lah peringatan untuk aku yang alpa. Sungguh halus Allah mengingatkan diri aku ttg kelemahan aku. Malu nya aku pada diri sndri... Selamat hari kelahiran Rania....
ReplyDeletesyukur alhamdulillah.....
ReplyDeleteTahniah dan Alhamdulillah. Selamat datang Saudari Seislam. Semoga sentiasa istiqamah dan mempelajari Islam dengan mendalam. Ameen..
ReplyDeleteRasulullah s.a.w bersabda :
ReplyDelete“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalamShahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)
alhamdulilah, Allah-huakbarrrr....
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah.. meremang bulu roma saya, sehingga menangis membaca luahan hati awak.. semoga Allah swt melindungi awak.. selamat datang saudara baru Islam :')
ReplyDeleteAllahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Alhamdulillah dan tahniah. Selamat datang ke dalam keluarga besar islam.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur, Allah telah memilih anda untuk mengikuti jalanNYA...
ReplyDeleteyang penting selepas ini, perlu tabah dengan dugaanNYA dan istiqomah..
Alhamdulillah....Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...Semuga dipermudahkan segala urusanmu...Insyaallah
ReplyDeleteAlhamdudulillah. Syukur di atas pemberian-Nya. Sesungguhnya peristiwa ini banyak hikmahnya, Dan kami sentiasa mendoakan Fexia terus tabah dan diberikan ketenangan oleh-Nya. Ameen.
ReplyDeletealhamdulillah.. seronok sgt2 dengar.. welcome back sis... semoga terus istiqomah jadik muslimah yg solehah dan indah dunia akhirat.. ^_^
ReplyDeleteAlhamduliilah syukur atas nimat besar ini yg tidak ada tandingan harap daughter rania yeap terus di bimbingi Allah sentiasa diatas landasan kebenaran hingga ke gerbang syurga...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Segala puji bg Allah. Semoga Felixia (dan kita semua) selamat di dunia, selamat di akhirat.
ReplyDeleteHidayah Milik Allah. Selamat Pulang Sis. :)
ReplyDelete"LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH".
Alhamdulillah.. Semoga kehidupan selepas ini lebih tenang. Jadilah muslimah yg sejati. InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat. Saudara baru kita. :')
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeletealhamdulillah... sorry kalau tegur... better change your main page picture... bukak2 dah ade symbol playboy.. sorry i mention this.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Smga apa yang telah felixia lalui sebelum ini dapat dijadikan ikhtibar bagi dirinya sendiri dan bagi kita semua pula, dapat mengambil pengajaran daripada pengalaman beliau untuk memperbaiki kekhilafan serta kesilapan kita selama ini, InsyaAllah. Amin...
ReplyDeleteAlhamdulillah. U r the chosen one.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah, Felixia Yeap tahniah sy uscapkan kerana pada hari ini anda adalah manusia yg telah dipilih utk mendapat hidayah dan menjadi insan yg bernama Islam. Semoga anda tabahkan hati untuk menempuh hari2 mendatang, usah dihiraukan kata cacian dan cercaan dari insan yg bernama manusia kerana itulah sifat manusia. Jadikanlah perjuangan Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya menyebarkan agama Islam di muka bumi ini dengan hati yg tabah walaupun banyak tentangan sehingga membahayakan dirinya sebagai panduan untuk anda lebih tabah. Sekali lg tahniah dari sy dan semoga anda berbahagia di dunia dan akhirat......
ReplyDeleteCongratulation & welcome back..
ReplyDeleteAlhamdulilah..semoga Allah s.w.t. merahmati kamu..
ReplyDeleteTersentuh hati baca blog kak Felixia, semoga terus istiqamah, tahniah juga diucapkan. Kami org Islam sgt gembira dan menyambut baik saudara baru kami. :)
ReplyDeleteYa Allah...bergenang air mata sy membaca penulisan awak Rania Felixia. It must came direct from your heart isnt it. Ianya sgt menyentuh perasaan.
ReplyDeleteAllah sudah menjaga awak semenjak awak lahir. Sbb tu awk tidak berminat utk minum arak, merokok & doing drugs. Perjalanan hidup awak sudah tertulis bhw awk akn memeluk Islam di kitab Luh Mahfuz di Syurga sana.
On April 2014, I performed Umrah and I dont know why but I suddenly remembered you & did make a doa just for you. I pray that Allah guide you all the way in becoming a muslimah.
Alhamdulillah hari ni scr rasminya awak sudah pun menjadi seorang muslimah walau sy tahu awak sdh lama Islam bila hati awk mengakui bhw hanya Allah Tuhan yg layak disembah & Nabi SAW itu pesuruhNya.
Welcome to Islam my sister. Moga Allah selalu melindungi & menguatkan hati awak kpd Islam. Amin.
Allahuakbar..
ReplyDeletemengalir airmata saya baca blog awak ni felixia..
Awak sgt beruntung kerana awak adalah manusia terpilih..
Allah swt telah pilih awak..
Alhamdulillah semoga awak dan umat islam yg lain juga trs istiqomah...
InsyaAllah...
Alhamdulillah.. Maha Suci Allah.
ReplyDeletetersentuh saya baca ")
MasyAllah...Alhamdulillah..harap dapat buang smua gmbar yg x tutup aurat di blog, fb, etc..trutama main pageblog ni....cukuplah Allah bagi kamu..Dapat cinta Allah, maka kamu dapat semua yg jadi milik Allah...Good Luck ;)
ReplyDeletealhamdulillah kak rania,smoga tabah mgharungi cabaran di muka bumi
ReplyDeleteAllah ini...sama2la kita mnuju jln Ilahi..takbir..Allahuakbar... :)
selamat datang saudara baru..
ReplyDeleteand happy birthday... :')
Alhamdulillah....Allahuakbar...!!!!
ReplyDeleteAlhamdullillah, i m speechless! May Allah bless u always!
ReplyDeleteALLAHUAKBAR.... Allah maha mengetahui
ReplyDeletetahniah kerna anda memilih jalan yang di redai Allah
amin
Alhamdulillah...semoga Allah merahmatimu Felixia & terus beristiqamah
ReplyDeleteWhat a bless that your birthday is in Ramadhan and you are becoming a muslim in this very blessed month of all time. Just to let you know that a slow yet remarkable progression is always better than the immediate one but is hard to keep up with, so don't bother those judgmental thoughts people have on you because in the end, only you yourself know how much you have ( and will have been ) progressed. People may keep pressuring you on some matters but little do they know how much effort have you put to improve yourself, so don't bother much and just focus on your pure aim to become a better muslim. Knowing how you lived your life (avoiding alcohol and all) even before you had a connection with Islam already tells that Allah has chosen you to be part of Islam ever since a long time ago. May Allah shower you His bless and grant you a great life ahead, dear Felixia. :)
ReplyDeletesalam rania felexia..
ReplyDeletesemoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati hidupmu..
kekal dalam agamanya..dan semoga syurga untukmu..aminnnn...
Subhanallah...
ReplyDeleteSemoga Allah selalu memberikan Rahmat Nya..
Tidak ada yang lebih baik dari Allah SWT..
Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik...
Amin..
Allahhu Akbar..
biasalah sis..mulut org kita x bisa tutup.. biarkan apa org nk kata.. Allah berfirman
ReplyDeleteTidak benar2 beriman seseorang itu, sehingga diuji Allah dgn Hartanya, Keluarganya dan dirinya sehingga dia mngadap ALLAH tanpa sedikit dosa pun..
ujian itu penghapus dosa dan mndatangkn pahala sis..^^ sabar ya
DONT TELL THEM WE ARE MUSLIM, BUT SHOW THEM WE ARE MUSLIM
DONT JUST BE A MUSLIM, BUT PRACTICING THE ISLAM. (^_^)
wellcome to new family.. all the muslim is ur's family..
Subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahhuakbar......semoga allah memberkati mu dan ingatlah perjalanan hidup mu masih panjang dan tetap berpeganglah pada tali allah walau apa jua yg berlaku.
ReplyDeletesedih baca kisah awk. rupnya ALLAH dah tnjuk jalan utk awk cari Siapa TUHAN AWK. awk x merokok.xminum arak. x amik dadah. ALLAH suruh awk kaji agama. sekarang awk dh jumpa TUHAN sbenarnya. kagum baca kisah awk. baru sy tahu kenape ALLAH beri hidayah dekat awk. subhanallah.....
ReplyDeleteMenangis sy baca pos ni
ReplyDeleteTahniah felixia! Semuga menjadi insan bertakwa..
ReplyDeletesgt2 mnyentuh perasaan saya baca entry awk, dan terus mnjd inspirasi bg saya :)
ReplyDelete*semoga awk sntiasa dilindungi olehNya.
Rania Flexia...seindah nama...Alhamdulillah...sesungguhNYA hidayah itu milik ALLAH...kuat pendirianmu...semoga terus diberikan kekuatan dan pendirian...Berdoa semoga tidak dibolakbalikan hatimu sis...Berdoa dan terus berdoa kerana itu lah senjata kekuatan kita...Aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah. Inilah sebesar besar nikmat
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..TAHNIAH.. ALLAH BERI HIDAYAH & PETUNJUK KEPADA MANA2 HAMBA-NYA YG DIKEHENDAKI-NYA..AND 1 OF THEM IS 'U'..... SYUKUR....
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur...
ReplyDeletesemoga kita semua di bawah lindungan kasih sayang dan rahmat Allah
selamat hari lahir
alhamdulillah :')
ReplyDeleteteruskan perjuanganmencari cinta ALLAH
kerna CINTA ALLAH itu adalah CINTA HAKIKI dan utama
teruskn dengan kedegilan yang positif itu ;)
Wa'alaikum Salam...
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah,...Subhanallah...semoga kita selalu mendapat Rahmat dari Allah SWT....Aamiiin
subhanallah. awak sentiasa ada di hati kami semua. doa kami sentiasa untuk kamu felixia.
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteSekadar berkongsi ilmu bersama dalam laman web ini..http://www.fuadlatip.com/v1/#_
Moga bermanafaat
Alhamdulillah wa syukurillah.. teruskan istiqamah..
ReplyDelete很希望可以像你这样。可是我还没有那个心里准备。
ReplyDeleteikut & rasa getaran rasa hati itu..
DeleteJenny Choo..
Alhamdulillah.. semoga segalanya dipermudahkan..
ReplyDeleteTiada apa yang akak mampu katakan melainkan Syukur Alhamdulillah.... :)
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah... tahniah akk rania felixia yeap... ketabahan akk harungi kehidupan ptt dicontohi.. abaikn kata2 negatif dan terus pndg ke hadapan utk masa depn akk dan keluarga... slmt dtg diucapkan.. ^_^
ReplyDeletealhamdulillah...semoga hidayah bersama awak..amin..
ReplyDeleteSubhanallah. Hampir menitis airmata membacanya. Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah pada tidak mengira apa pun latarbelakangnya..jika itu bukan rahmat Allah SWT maka apakah lagi..Masyaallah. semoga kamu dikurniakan dengan ketenangan jiwa & kekayaan hati wahai saudaraku..
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah Felixia... Smoga diberikan kekuatan untuk terus istiqamah.. Sangat kagum dengan pendirian Felixia..Kami sentiasa mendoakan yg terbaik tuk Felixia.. Aminnn...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Allah maha berkuasa. Tahniah Felixia :)
ReplyDeleteGreat news yo! All the best of luck and dont let the haters bring u down :) keep it up! As a non muslim. Just wanna let u know that, there will be other people supporting your decisions too .
ReplyDeleteSubhanAllah walhamdulillah Allahuakbar!
ReplyDeleteAllahu yaftah'alaik sis rania flexia yeap! semoga Allah memudahkan jalan-jalan di hadapanmu.
InsyaAllah, ramai lagi akan akan menyokong sis and even if everybody walks away from you, just remember that Allah will always be with you!
Tahniah..dan selamat datang rania
ReplyDeleteBrilliant..the content's flow so rich wit emotionally attached wordings, wonderfully structured..the sole article abt celeb i manage to read thru haha..alhamdulillah, moga istiqamah..no doubt u r a better muslim than 29 years islamic me, thanks for ur dakwah, its inspiring
ReplyDeleteAlhamdulillah. I'm really happy for you. just one small thing to be done. change the blog banner. people will be more than happy to see ur pics in hijab....
ReplyDelete:-)
Syukur Ya Allah, saya berasa sangat bangga dengan anda Cik Felixia.
ReplyDeleteMenitis air mata baca entry jujur dari Felixia...subhanaAllah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan melainkan Allah. Allah!
Alhamdulillah... SYUKUR
ReplyDeleteAlhamdulillah!
ReplyDeleteHappy rebirth-day!
Akak mendoakan yang terbaik buat Rania Felixia Yeap sekeluarga, amin!
Alhamdulillah.... semoga Allah memberkatimu. Selamat datang ke 'dunia' yg penuh ketenangan.
ReplyDeleteThe best bday present EVER :)
ReplyDeleteAlhamdulilah..... tahniah rania yeap kerana telah menjadi islam secara oficial..... selsmst hari jadi semuka dan eselanat beristiqamah dan kekal sentiasa menutup aurat
ReplyDeleteAllahuakhbar. ..tersentuh hati membaca coretan yg ikhlas nie..sy doakan semoga dipermudahkan..tumpang gembira dan kagum dgn semangat kamu..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDelete“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)
ReplyDeleteAlhamdulillah...seorang saudara baru yang sekian lama kita nantikan2...smoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada awk...~ sesungguhnya islam itu bersaudara...sedih dan sebak membaca kisah yang dituliskan.. kamu beruntung kerna Allah memilih kamu untuk diberikan taufiq dan hidayah untuk mengenal erti sebenar dan hakikat islam...~ kami yang dilahirkan terus beragama islam belum tentu dapat mengenal erti dan hakikat islam itu sendiri...~ puji dan syukur kepadaNya..~ Subhanallah...hidayah milik Allah..
Syukur alhamdulillah. Sy gembira dengan Felixia. Sy baca blog Felixia yg ini, sy pun terus bersemangat ingin improve diri sy yg serba kekurangan. :-)
ReplyDeleteSemoga Felixia sentiasa tabah menghadapi cabaran. ^^
Alhamdulillah...welcome to islam...you will love it...may Allah give you a reward for you n your family...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. welcome rania :)
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah ini lah kebesaran Allah. Assalammualaikum dan selamat kembali.
ReplyDeleteInsyaallah...Semua yang baik dtgnya dari Allah... Selamat Pulang Kembali Pada Penciptanya....
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. Semoga dipermudahkan segalanya. Selamat Hari Lahir Rania.
ReplyDeleteAllah..Allah..
ReplyDeleteSelawat dan salam buat Rasulullah S.A.W.
Berkat di bulan muliaMu yaAllah..
Sebelum 1 Ramadhan
Bumi ini dicurah rasa terik mahklukMu bernama Sang Mentari..
Subhanallah..
Pada 1 Ramadhan hingga saat ini, ku rasakan getaran keajaiban
MentariMu seakan tersipu di sebalik payungan CumulonimbusMu
Ku terfana'..
Sungguh agung pengaturanMu..
Ya Rabbul Izzati
Di coretan ini ku mohon
Kekalkan hidayahMu padanya, pada saudara-saudara baru,
Pada saudara-saudara yang telah menerima nikmat terbesar ini sejak dari bonda dan ayahanda
Juga pada pembaca jua pemerhati yang belum dalam dakapanMu..
Lembut dan titislah sejernih rasa dalam hati mereka untuk merasai nikmat ISLAM..
Pada saudara-saudara yang menerima islam bersusur galur dari bonda ayahanda,
Malulah kalian, malulah..Islam jangan hanya pada nama..
Para Menteri, Artis, Marhaen..
Mohonlah Rahmat Allah untuk perbaiki diri..
Asbab dari saudari ini
‘Buih-buih terfana’..
Wallahu A'lam.
Di coretan hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala
Alhamdulillah ... semoga Allah akan memberi peluang , ruang dan jalan yang lebar lagi lurus untuk anda meneruskan perjalanan dalam mencari pengisian sebuah kehidupan untuk bekalan akhirat ... aaamin .
ReplyDeleteAlhamdullilah, anda adalah diantara berjuta insan yang terpilIh untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T. bertepatan di bulan Ramadhan yang mulia ini dan didoakan semoga anda akan sentiasa didalam perlindungan Allah menjalani kehidupan sebagai muslimah yang sejati dan kami akan sentiasa menyokong anda , ALLAH MAHA BESAR.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Allahuakbar....setiap bait perkataan yg diluahkan membuatkan air mata say a menitis....betapa Allah sayangkan kamu....saya yg memang dilahirkan Islam ini tidak dapat merasa pengalaman yg awak lalui....sungguh bermakna...semoga Allah kekalkan dan tabahkan hati hambamu ini...Amin
ReplyDeletealhamdulillah.. semoga Allah mempermudahkan jalan Felixia untuk mjadi muslimah sejati. saya doakn yg terbaik utk anda :) aminn..
ReplyDeleteAlhamdulillah. To complete the process, delete or change all your pictures without hijab including your blog's banner..I think u urself know the reason dear sister..Salam
ReplyDeleteAllah memilih anda utk diberi taufik dan hidayah.. moga rahmat Allah sentiasa bersamamu
ReplyDeleteSokongan untuk anda.
ReplyDeletewelcome to islam ^_^
ReplyDeleteramadhan kareem
slamat ulang tahun kelahiran jgk, hee
Alhamdulillah...Anda adalah insan yang terpilih...
ReplyDeleteWelkam to Islam sister..Sesungguhnya aku mencemburui mu kerana kau lagi bersih dan suci daripada kami yang sedia lahir sebagai seorang Muslim. Semoga Allah merahmati mu dan memberikan mu kekuatan sekumpulan tentera dalam menghadapi cabaran yang akan datang.
ReplyDeleteSemoga taufik dan hidayah Allah sentiasa dengan awak, Rania! May Allah ease your way.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah..sungguh beruntung..semoga berjaya hingga ke Jannah!
ReplyDeleteاَلْحَمْدُلِلّهِ
ReplyDeletediharap agar saudari ubah segala gambar2 dahulu yg di dalam kawalan saudari kepada yg lebih baik lagi, terutamanya di web dan FB/tweter/all social media
جزاك اللهُ خيراً
terima kasih
=D
Alhamdulillah, syukur diberikan hidayah dalam bulan baik ini
ReplyDeleteAlhamdulillah ..syukur pada Allah SWT
ReplyDeleteSubkhanallah... Barakallah... Semoga Allah SWT mengampuni dosa2 mu yang lalu.. Aaminn..
ReplyDeletesaat NUR Allah SWT sudah datang, tidak akan ada seorangpun yang mampu menghindarinya..
Salam hangat dari INDONESIA... :)
Wassalam...
Respect
ReplyDeleteI would consider Singaporean a good place to fast, we face about 13hours of fasting and other places face longer hours (I`ve experienced 19hrs of fast, dry weather and only mode of transport is cycling a real test of Iman) or more pressing issues like war and yet they continue fasting. As we know if we do it for HIM, its easier to succeed and Insya-Allah you will to. As I would wish my friends on their birthday, I pray for you too in malay, Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan sihat sihat selalu.
Alhadumdulillah.
ReplyDeleteTahniah kembali ke Islam!
Alhamdulillah.. moga Allah sentiasa melindungi diri mu dan hati mu Rania. Ketahui la ujian Allah dtg hanya pd hamba2nya yg 'mampu'. Dan bersyukur la kerana u adlh slh seorg insan terpilih. Sentiasa la istiqamah dgn apa yg anda lakukan sekarang. Pedulikan kata2 jahat dan hasutan org lain wlau org itu dtg dri org yg beragama islam sendiri KERANA disebalik insan2 ini terdapat RAMAI lg insan2 yg menyokong anda dan menyambut anda..
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteKak Rania, selamat kembali kepada fitrah. Semoga kita-kita semua dapat istiqamah menjadi muslimah yang terbaik, dan melangkah ke syurga bersama-sama. Insya-ALLAH. Amiin. :)
Subhanallah.. Semoga Allah permudahkan semuanya..
ReplyDeleteSelamat hari lahir felixia ! Semoga lebih tenang dan beroleh kebahagiaan dunia akhirat.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH
ReplyDeleteSUBHANALLAH
ALLAHU AKBAR inilah namanya kuasa Allah
Dia memberi petunjuk kpd sesiapa yg dia pilih & membiarkn sahaja sesiapa yg dia pilih untuk dibiarkan. moga terus istiqomah
tahniah kak felixia.saya cemburu dengan akk..akk telah dipilih.
ReplyDeletebersyukur dengan hidayah yang diberi. sebab ternyata hidayah datang hanya sekali.
jika kita tak hargai, hidayah itu akan pergi dan tak akan datang lagi.
happy for you kak.syukur Alhamdulilah =)
Alhamdullilah
ReplyDeleteSaya juga mencadangkan agar nama cina yang diberikan kepada awak dikekalkan memandangkan atas dasar ia diberikan penghormatan kepada ibu bapa anda dan juga memberikan makna yang baik juga. Selain itu bagi memudahkan, mungkin nama Islam boleh di tambah atau digunakan sebagai nick name.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan kemudahan kepada anda di masa hadapan. InsyaAllah. - www.hishamnazir.com
Alhamdulillah felixia....gembira rasanya dgn berita ni. Sama nama anak saya rania
ReplyDeleteAlhamduillah syukur kpd ALLAH SWT
ReplyDeleteSy doakn semoga akk sentiasa berada di dalam redha ALLAH SWT...
Ni lah kekuasaan ALLAH SWT
ALLAHUKBAR ALLAHUKBAR ALLAHUKBAR
Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah... bagus2 buatkan saya terharu, rasa nak nangis la pulak... all the to/for you, insha Allah...
ReplyDeletep/s Selamat Harijadi semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah
Tq Felixia atas perkongsian yg jujur yg x mgkn sy alami..sesungguh nya awak amat bertuah mendapat hidayah dr ALLAH..alhamdulillah syukur tahniah Felixia..sy tersentuh membaca pengalaman yg x blh d beli ini..alhamdulillah amin..
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah. ..
ReplyDeleteBerterima kasih pd Allah swt krn memberi hidayah pdmu Rania...
Sucinya dirimu umpama bayi yg baru dilahirkan selamat lahir di dunia baru....peliharalah ia sebaik mungkin...
I'm proud of u...stay strong ok dear...
Alhamdulillah. Apa pun nama atau bangsa sememangnya awak antara insan terpilih. Allahuakhbar. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan hidayah Allah swt.
ReplyDeleteirsyahealthyhouse.blogspot.com
Tidakkah kita malu pd hamba Allah spt Felixia yeap ini...Mari kita bersama menginsafi diri.. Tepuk dada tanyalah iman... ÀllahuAkbar!
ReplyDeleteAlhamdulillah dan slmt datang ke dunia baru mu. Semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt....
ReplyDeleteAlhamdullilah.....semoga tabah menghadapi hidup ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum.....
ReplyDeletePertama saya ucapkan syukur kerana allah s.w.t telah memberikan hidayah kepada anda untuk lebih dekat dan mengenali akan kesucian islam itu sendiri.
Semoga anda lebih tenang, istiqamah apabila sudah bergelar muslim hari ini. Anda umpama sehelai kain putih yang suci dari kekotoran. Nasihat saya sebagai penyokong anda, bermula saat dan ketika ini, carilah ilmu agama islam itu walau dimana jua. Yang lebih penting adalah ilmu mengenal allah. Ilmu tauhid itu penting untuk kita kenal dan dekst dengan pencipta kita. Bila belajar ilmu, perlu ada guru yang menghuraikan sebab ilmu agama tidak boleh dipelajari berseorangan.
Semoga anda bahagia dan lebih tabah dalam menjalani kehidupan muslim hari ini
Alhamdulillah...
ReplyDeleteالله أكبر! الله أكبر! الله أكبر!
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteTahniah atas kembalinya saudari pada fitrah kita yang asal. Cuma mohon saudari removekan gambar2 mendedah aurat di blog ni. Islam itu indah, aurat itu anugerah :)